Berita

Korea Utara Sertai Piala Raja Thai Sebagai Persediaan Kelayakan Piala Asia

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah mengumumkan secara rasmi penyertaan pasukan-pasukan dalam  kejohanan Piala Raja Thai Ke 45, yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Julai 2017 di Stadium Rajamangala, Bangkok.

3 pasukan yang mengesahkan penyertaan mereka adalah:

1) Burkina Faso – Tempat ke 3 Piala Negara Afrika 2017 ( FIFA Rank 41)

2) Belarus – Penyertaan pertama dalam kejohanan Piala Raja Thai ( FIFA Rank 83)

3) Korea Utara – Kembali menyertai kejohanan Piala Raja Thai selepas kali terakhir pada 2009. ( FIFA Rank 114)

Menurut penganjur kejohanan, format perlawanan akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

Adakah perlawanan ini berada dalam kategori A?

Kami telah membuat semakan dilaman web FIFA, dan perlawanan ini tiada dalam senarai semasa yang diiktiraf oleh FIFA.