Berita

Pemain Tengah Skuad Piala Dunia U20 Jepun Berhijrah Ke Eredivisie

Pemain tengah muda Gamba Osaka, Ritsu Doan bakal beraksi bersama sebuah kelab Eredivisie, FC Groningen secara pinjaman selama 1 tahun mulai 1 Julai 2017.

Ritsu Doan yang baru berusia 19 tahun juga merupakan penjaring terbanyak Jepun dalam kempen Piala Dunia U20 baru baru ini dengan 3 gol dari 4 perlawanan adalah produk akademi remaja Gamba Osaka, dan kini beraksi dalam saingan J1 League, beraksi dalam 9 penampilan ( 483 minit) musim 2017 dari 15 perlawanan dengan 3 gol telah dijaringkan.

Perlawanan J1 League bertemu Kawasaki Frontale pada hujung minggu  ini adalah perlawanan terakhirnya bersama skuad Gamba Osaka sebelum berlepas ke Belanda untuk menyertai FC Groningen.

Untuk rekod, Ritsu Doan juga telah menerima anugerah pemain remaja Asia terbaik  ‘AFC Youth Player of The Year 2016’ selepas berjaya membantu Jepun menjuarai kejohanan AFC U23 Championship 2016.