Luar Negara

FC Zenit Saint Petersburg Bermain Bola 5 Sebelah Diatas Pelantar Minyak Lautan Artik

FC Zenit St Petersburg beketjasama dengan penaja utama mereka,
sebuah syarikat carigali minyak Russia,Gazprom untuk menjayakan sebuah dokumentari yang bertajuk “Zenit — Prirazlomnaya: First in the Arctic”.

Penggambaran itu telah dilakukan di platform Prirazlomnaya, terletak 60km dari pantai di lautan Pechora.

Menurut laman rasmi FC Zenit, satu perlawanan bola sepak 5 sebelah akan dilangsungkan di padang yang telah dibina khas diatas pelantar.

2 pasukan gabungan diantara pemain dan pekerja pelantar selama 30 minit akan dilangsungkan dengan jurulatih FC Zenit, Sergei Semak.

Diantara pemain ternama FC Zenit yang akan diturunkan adalah Alexander Kokorin, Yuri Lodygin, Artem Dzyuba, Yuri Zhirkov dan Nicholas Lomberts.

Dokumentari ini diinpirasikan dari kejayaan kapal selam nuklear Russia,K-3, yang berjaya sampai ke Kutub Utara pada 17 September 1962. Setibanya disana, anak kapal itu telah meraikan kejayaan mereka dengan bermain bola sepak diatas ais.

Rancangan ini akan disiarkan pada 16 Jun 2017 jam 11:30 malam melalui saluran NTV Russia, sehari sebelum bermulanya perlawanan FIFA Piala Konfederasi 2017.