Berita

Inisiatif Sendiri Issey Nakajima Mempertingkatkan Prestasi Permainan

Issey Nakajima dalam kemaskini terbaru nya dilaman sosial Instagram memberitahu apa yang beliau lakukan untuk membantu dirinya sebagai pemain bola sepak menggunakan teknologi terkini – ‘monitoring system’.

Sistem Pemantauan Prestasi Pemain
Manurut Issey, kebanyakkan pasukan bola sepak profesional serata dunia menggunakan alat untuk memantau prestasi pemain mereka semasa dalam latihan.

Walaupun mungkin menggunakan alatan yang berbeza tetapi dengan tujuan untuk memantau prestasi pemain dengan lebih tepat.
Issey yang telah beraksi dengan 13 pasukan kelab serata dunia juga memberitahu bahawa daripada jumlah itu, 12 kelab menggunakan system pemantauan yang pelbagai jenis seperti Adidas miCoach Elite System (MLS), tetapi kebanyakan pasukan menggunakan Polar Team Pro dan GPSports.

 

Apa Kepentingan Sistem Pemantauan Prestasi Ini Kepada Pemain?
Dengan kemajuan dalam sains sukan, penggunaan alat seperti ini dapat membantu barisan kejurulatihan untuk memantau keupayaan setiap pemain serta mengesan tanda-tanda keletihan melampau untuk mencegah kecederaan selain untuk mempertingkatkan prestasi pemain.

“Jika mahu lebih dari diri anda sebagai seorang pemain muda atau pemain seperti saya, yang sentiasa mahukan ‘lebih’, data dan statistic adalah satu satunya jalan untuk anda mengukurnya, tidak kira samada jaringan gol atau memantau corak latihan.

Garmin Fenix 5X

Inisiatif Dari Diri Sendiri
Disebabkan sains sukan ditempat beliau tinggal sekarang cukup perlahan perkembangannya, Issey memutuskan untuk mendapatkan sendiri alatan dan menggunakan jenama yang masih belum pernah digunakannya sebelum ini.

“Jenama ini lebih memberikan fokus kepada ‘fitness tracking » individu berbanding pasukan, dan ini cukup sesuai dengan saya sekarang”

“Walaupun data dan “statistic tracking” dalam bola sepak berbeza berbanding sukan larian dan mendaki, ia mampu untuk digunakan dalam pelbagai jenis sukan juga. Saya akan cuba samada ia berbaloi atau tidak kerana dikatakan yang terbaik dalam pasaran.”

 

Apa Yang Saya Mahu Pantau Sekarang?
“Keperluan saya sekarang adalah untuk memantau beberapa perkara sahaja seperti jarak, kelajuan, kadar degupan jantung, jumlah pembakaran kalori dan sebagainya.”

  • Untuk lebih spesifik ini yang saya mahu tahu :
    Berapa kali saya mencapai kadar degupan jantung maksimum?
    Berapa lama masa diambil untuk kadar degupan jantung turun ke paras purata ?
    Berapa jarak yang dilalui dengan kadar kelajuan tertentu?
    Berapa cepat penukaran arah atau penukaran kelajuan ?

 

Usaha Mewujudkan Kesedaran
Dalam komenya juga, Issey menyebut, apa yang dilakukannya ini adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada semua pihak.

“Diharapkan pengalaman dan profesionalism yang saya miliki ini mampu untuk mempengaruhi pemain-pemain muda dan juga pemain yang sudah cuba mempertingkatkan cara latihan, semoga ramai lagi akan mengikut cara ini.”

Dalam masa yang sama juga Issey mahukan generasi tua dalam pengurusan pasukan sedar kenapa pemain menggunakan alat seperti ini. Beliau juga mahu mereka diperkenalkan dengan sains sukan sedikit demi sedikit.

“Bukan diperlukan untuk setiap sesi latihan, tetapi ketika latihan pada awal minggu dimana mempunyai kadar intensiti yang tinggi sahaja.”

“Sepatutnya, semakin dekat dengan hari perlawanan, latihan perlu lebih menjurus kepada latihan taktikal, ‘sepatutnya’..”

https://www.instagram.com/p/BVKJjMGgd3d/?taken-by=11issey