Liga Super Malaysia

Selepas 3 Tawaran Dari JDT, Kelantan Melepaskan Ghaddar

KAFA telah menerima tawaran JDT sebanyak 3 kali, sebelum membuat keputusan untuk mempertimbangkan tawaran tersebut. Tiada jumlah dinyatakan.

“Maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawasanya Ghaddar adalah menjadi milik JDT berkuat kuasa serta merta tertakluk kepada penyelesaian dokumen-dokumen dan penjelasan bayaran perpindahan ke JDT.”

“Sayugia di maklumkan bahawa deal ini adalah “a win-win deal” dimana KAFA akan dibayar sejumlah wang yang agak besar mengikut ukuran Liga Super Malaysia. Jumlah yg dipersetujui adalah merupakan yg terbaik dalam sejarah pertukaran pemain di Malaysia.”

“Kita terpaksa melepaskan Ghaddar bukanlah sangat kerana wang. Betul kami menghadapi masalah kewangan tapi masalah kewangan yang dihadapi KAFA bukan perkara baru. Walaupun bermasalah kami tetap bersaing di Liga Super.”

“Penyebab utama pelepasan Ghaddar adalah kerana beliau sudah tidak berminat lagi bermain dengan Kelantan. Anda lihatlah status Facebook & Instagram beliau sangat jelas beliau tidak lagi berminat bermain dengan Kelantan.”

“Oleh yang demikian perpisahan adalah jalan paling baik bagi kedua-dua pihak.”

KENYATAAN AKHBARSETELAH proses intai mengintai runding bicara maka tawaran daripada JDT dibuatPada tawaran ke 3 kami…

Mohd Nasir Hamzahさんの投稿 2017年5月15日

MUHD NASIR HAMZAH
Pengerusi Jawatankuasa Perpindahan Pemain KAFA
Naib Presiden KAFA