AFC Cup

Apa Status Ghaddar Dalam Kejohanan AFC Cup 2017?

Dengan Mohammed Ghaddar hampir pasti menyertai Johor Darul Ta’zim, selain untuk menguatkan jentera serangan dalam Liga Super, kami melihat Ghaddar adalah senjata utama Johor Darul Ta’zim dalam saingan AFC Cup 2017.

Johor Darul Ta’zim akan bertemu Ceres Negros pada 17 Mei 2017, pastinya Ghaddar akan terlepas perlawanan tersebut. Persoalannya bila Ghaddar dibenarkan beraksi bersama Johor Darul Ta’zim dalam AFC Cup 2017?

Teruskan membaca.

AFC Cup 2017 Jendela Perpindahan Pemain

Secara asasnya ada 3 jendela perpindahan dalam kejohanan AFC Cup 2017. )

  • Jendela Perpindahan 1:  ( Kelayakan Play Off, Play Off Peringkat Kumpulan dan Pusingan Kalah Mati 16 )
  • Jendela Perpindahan 2: ( Peringkat Kumpulan dan Zonal Semi Final )
  • Jendela Perpindahan 3: ( Zonal Final, Inter Zone Semi Final, Inter Zone Final dan AFC Cup Final )

Berdasarkan perkara 23 dan 25 dalam manual pertandingan AFC Cup, Johor Darul Ta’zim hanya boleh mendaftarkan Ghaddar untuk beraksi dalam AFC Cup 2017 pada Jendela Perpindahan 3, sekiranya layak ke peringkat Inter Zone Semi Final .

Ini bermakna Johor Darul Ta’zim perlu mengatasi Ceres Negros dan menang dalam pertemuan Zonal Final ( Global FC vs Home United ) dan seterusnya layak ke Inter Zone Semi Final.

Pada peringkat ini, Ghaddar boleh didaftarkan dalam Jendela Perpindahan 3, dan beraksi menentang lawan dari Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Tengah yang dijadualkan pada 22-23 Ogos 2017.