Penafian: Artikel ini dipetik dan diterjemahkan dari kemaskini status Facebook bekas jurulatih pasukan kebangsaan Cameroon, Thailand dan Jamaica, Winfried Schafer pada 6 April yang lalu.
Antara soalan yang sering ditanyakan kepada saya di Negara-negara yang saya pergi adalah :
“Kenapa kita tidak bermain sistem XYZ?”
Sebagai seorang jurulatih, anda tidak boleh memilih sesebuah sistem secara rawak. Anda harus memahami sistem mana yang pemain anda akan fahami, sistem mana yang sesuai dengan kebolehan pemain yang sedia ada Ianya lebih sukar bagi sesebuah pasukan kebangsaan, kerana sebahagian daripada mereka berkebolehan untuk bermain di posisi tertentu dengan baik di dalam liga, tetapi tidak di peringkat antarabangsa.
Ini disebabkan lawan yang anda hadapi adalah lebih kuat dan juga lebih mahir.
Selepas itu, ianya amat penting untuk menilai sendiri kekuatan yang ada pada setiap pemain dan letakkan pemain tersebut pada posisi yang paling sesuai selaras dengan sistem yang boleh satu pasukan ikuti.
Tiada gunanya untuk meniru sistem yang amat berjaya seperti kita tahu dari Bundesliga atau Liga Perdana Inggeris. Andai para pemain tidak biasa dengan sistem tersebut ianya akan menjadi risiko kerana anda akan melakukan terlalu banyak kesilapan.
Anda perlu lebih yakin dengan taktik dan sistem untuk berjaya dalam perlawanan. Anda perlu memahaminya dalam tidur anda dan bergerak dalam satu unit yang sempurna. Jika anda telah mahir dalam perkara tersebut, anda akan punyai kebebasan untuk meningkatkan kreativiti yang diperlukan untuk lebih berjaya.
Sebagai jurulatih kelab, anda mempunyai lebih masa untuk fokus dalam latihan taktikal dan boleh perkenalkan sistem baru sebab anda bersama mereka setiap hari.
Namun bezanya bila anda menjadi jurulatih kebangsaan, masa sangat-sangat terhad disebabkan hanya ada beberapa hari sahaja untuk berlatih sama-sama. Adakalanya ianya cukup disebabkan anda mempunyai pemain yang cepat belajar dan juga berkeinginan untuk belajar. Kadang-kadang ia tidak begitu mudah.
Kesudahannya, anda bergantung kepada pasukan-pasukan dalam liga. Pemain-pemain ini banyak belajar dari kelab-kelab yang mereka wakili.
Sebab itu pentingnya kerjasama dan persaingan dalam kalangan kelab untuk setiap negara, tidak kira andai kita di Cameroon, Jamaica, Thailand, UAE atau Jerman. Sudah tentu kelab-kelab ini akan lawan sesame sendiri. Itulah bolasepak. Di peringkat yang lain, setiap negara perlukan usaha ke arah nasional dan kerjasama untuk meningkatkan mutu bolasepak secara keseluruhannya.
Kita perlu membantu pasukan yang lemah, tolong jurulatih muda mereka untuk membentuk dan bantu mereka menjadi lebih kuat. Sebagai seorang jurulatih kebangsaan, anda boleh membantu melalui komunikasi dan juga mempelawa jurulatih-jurulatih muda ini untuk sertai sesi latihan.
Sesebuah liga yang kuat akan membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang kuat. Anda tidak mahu hanya sedikit sahaja pasukan yang hebat dan terlalu banyak pasukan yang lemah. lihat sahaja pada England dan pasukan kebangsaan mereka.
Kesimpulan
Dari apa yang disuarakan oleh Winfried Schafer, mungkin kita boleh mengambil isi-isi penting yang ada dalam petikan ini.
Pentingnya usaha kolektif dalam memajukan pasukan Harimau Malaya yang kita cintai. Komunikasi antara pasukan-pasukan Liga Malaysia dan Harimau Malaya perlu dimantapkan lagi.