Kolum Luar Negara

Kisah India, negara dengan penduduk kedua tertinggi di Asia layak ke Piala Asia 2019

Hujah yang mengatakan jumlah penduduk memainkan peranan dalam prestasi sebuah pasukan bola sepak ternyata satu pendapat yang benar-benar silap. Ia telah dibuktikan oleh Iceland ketika Kejohanan Eropah (EURO) 2016 yang lalu serta melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Russia nanti. Berbekalkan penduduk yang hanya seramai 300 ribu orang, negara yang terkenal dengan keindahan alam itu menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding pasukan yang mempunyai jumlah penduduk lima kali ganda.

Contohnya, India. Negara yang terletak di Selatan Asia ini mencatatkan penduduk kedua terbanyak di dunia, dengan jumlah 1.3 bilion. Bagaimanapun, persembahan pasukan bola sepaknya tidak sejajar dengan jumlah itu. Mereka juga tidak pernah menjuarai sebarang kejohanan utama. Tidak perlu bercakap soal kejuaraan, sebaliknya pernyertaannya juga boleh dikira.

Walaupun mereka bergelar salah satu pasukan gergasi Asia ketika era 50 an, India tidak sekalipun layak ke Piala Dunia. Bagi Piala Asia, mereka hanya melayakkan diri tiga kali dalam semua kejohanan.

Pertama kali mereka melakukannya adalah pada 1964 di Israel, kemudian diikuti dengan edisi 1984 di Singapura sebelum aksi di Bahrain pada 2011 menjadi penampilan terakhir. Dalam tiga edisi itu, penampilan pertama menjadi persembahan terbaik mereka apabila tewas di peringkat akhir di tangan tuan rumah.

Apa yang menarik, India berjaya menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2019 yang akan diadakan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Ketika pusingan kelayakan ketiga, mereka menjuarai kumpulan yang turut terdiri daripada Kyrgyzstan, Myanmar dan Macau. Mengutip 13 mata, mereka meraih gol di tempat lawan tertinggi diketuai oleh pemain Borneo FC, Azamat Baimatov.

Sememangnya perjalanan dan laluan sukar yang dihadapi India ketika pusingan kelayakan wajar menerima pujian apabila menduduki tangga teratas peringkat kumpulan kelayakan. Bagaimanapun, mereka menyimpan hasrat untuk menampilkan aksi hebat di UAE pada tahun depan.

Laluan India telah dipimpin oleh pengendali dari England, Stephane Constantine. Pengurus berusia 55 tahun ini dikenali dengan pengalaman menguruskan pasukan kebangsaan kelas ketiga. Sebelum membimbing India pada 2015, dia pernah mengemudi negara-negara di Benua Afrika seperti Rwanda, Malawi dan Sudan. Dia juga merupakan bekas pengurus Nepal dari 2002-2005. Kelab dari Cyprus, Nea Salamis dan Ethnikos Achna, juga pernah mendapat sentuhannya.

Di bawah bimbingan Constantine, bola sepak India berkembang dengan pantas. Sebelum aksi kelayakan Piala Dunia 2018 zon akhir Asia, pasukan yang dikenali dengan nama jolokan Blue Tigers itu disasarkan untuk layak ke Russia, namun ia jelas satu harapan yang terlalu besar.

Bagaimanapun, kejayaan Constantine membawa India ke Piala Asia 2019 patut dipuji. Bagaimanapun, tidak banyak yang boleh dilakukan dengan kerendahan tahap pemain yang dimiliki. Salah seorang pemain terbaiknya adalah penyerang dan juga kapten, Sunil Chhetri, yang muncul penjaring terbanyak India dengan empat gol.

Chhetri adalah legenda buat bola sepak India. Pemain berusia 33 tahun ini memegang kaps terbanyak dan juga penjaring tertinggi sepanjang zaman buat pasukan itu. Sejak melakukan debut pada 2005, pemain yang mewakili Bengaluru FC ketika ini telah melakukan 97 penampilan dan 56 gol. Dia dijangka menjadi harapan besar buat Constantine di UAE nanti.

Sebenarnya, bola sepak bukanlah sukan yang popular di India. Kriket, badminton, hoki dan sukan tempatan (kabbadi) jauh lebih dikenali. Namun, perlahan-lahan sukan nombor satu dunia itu menarik perhatian di sana. Populariti bola sepak India mula berkembang hasil bantuan perihal bukan daripada skuad kebangsaan mereka dan Blue Tigers yang menempatkan nama dalam FIFA sejak beberapa tahun ini.

Bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk mereka membuktikan kemampuan di kejohanan utama bagi mendapatkan perhatian rakyatnya. Walaupun status juara masih jauh, mungkin berbekalkan tenaga kejurulatihan yang bagus membolehkan mereka melepasi peringkat kumpulan. Usaha mereka untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 akan disaksikan ketika di UAE pada tahun depan.