Malaysia Liga Super Malaysia

JDT bakal bawa masuk penyerang dari Brazil untuk gantikan Luciano Figueroa

Johor Darul Ta’zim telah mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk seorang penyerang daripada Brazil untuk menggantikan Luciano Figueroa pada bulan Mei depan.

Baru-baru ini, JDT mengumumkan kemasukan bekas pemain Lyon, Harry Novillo, yang akan mengambil slot Jorge Pereyra Diaz, sebelum turut mendedahkan bahawa Figuerio bakal digantikan dengan peman lain.

Pengumumkan tersebut terus mencetus spekulasi perpindahan yang mengaitkan Fernando Torres dengan JDT, namun Pengarah Teknikal mereka, Alistair Edwards, telah menyelar spekulasi tersebut.

“Pemain luar negara baharu yang menggantikan Figueroa adalah seorang penyerang berusia 26 tahun berasal dari Brazil. Oleh itu, saya ingin meminta kerjasama kepada semua pihak di luar sana untuk berhenti daripada mengelirukan para penyokong,” kata Alistair, melalui kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Selain Torres, JDT turut dikaitkan dengan dua bekas penyerang mereka, iaitu Alhaji Kamara dan juga Patito Rodriguez, yang kini bermain untuk Newcastle Jets di pentas A-League.