AFC Cup

Apakah Peluang Johor DT Ke Separuh Akhir Zon ASEAN AFC Cup?

Apakah Peluang Johor DT Ke Separuh Akhir Zon ASEAN AFC Cup?

Selepas perlawanan ke 5 kumpulan F semalam, Johor DT seperti dijangka akan membawa pulang 3 mata penuh dari Kemboja. Namun, apakah kedudukan ke 2 dalam kumpulan F dengan 10 mata menjamin tempat ke separuh akhir zon ASEAN?

Mari kita lihat bagaimana situasi semasa dan apa yang perlu dilakukan oleh Johor DT untuk memastikan tempat ke peringkat seterusnya.

Kedudukan Kumpulan F

Kedudukan Kumpulan G

Kedudukan Kumpulan H

Mekanisma Penentuan Tempat Ke 2 Terbaik

Disebabkan kumpulan H hanya mempunyai 3 pasukan selepas Lanexang United menarik diri, pengiraan tempat ke 2 terbaik tidak akan mengambil kira keputusan pertemuan dengan pasukan tercorot dan ini akan melibatkan pasukan dalam kumpulan F dan G.

Bagi Johor DT, perlawanan terakhir kumpulan F akan bertemu Magwe dan keputusan perlawanan ini tidak akan diambil kira kerana Magwe adalah pasukan tercorot kumpulan F. Dengan ini JDT kekal dengan 9 mata seperti dibawah selepas ditolak keputusan seri bertemu Magwe sebelum ini.

Dalam kumpulan H pula, Yadanarbon ditempat ke 2 dengan 4 mata dilihat tidak akan memberikan cabaran kerana tidak mampu untuk mengejar 9 mata JDT. Mereka hanya mampu mengutip 7 mata maksimum. Oleh itu, Yadanarbon tidak akan layak ke separuh akhir Zon ASEAN.

Impak Keputusan Kumpulan G Memberikan Kesan Kepada Johor DT?

Mengambil kira semua kebarangkalian yang akan berlaku dalam keputusan perlawanan ke 5 Kumpulan G, dibawah adalah susunan kedudukan pasukan Kumpulan G berdasarkan keputusan.

Ada 9 situasi keputusan dan kita cuba lihat apakah ada impak kepada Johor DT untuk layak ke separuh akhir Zon ASEAN jika tidak tewas kepada Magwe.

1) JDT Layak

Keputusan
Ceres Menang
Hanoi Menang
Pasukan Mata Semasa   Mata Jangkaan
Ceres–Negros 8 11
Hà Nội 8 7
Tampines Rovers 6 6
Felda United 5 5

 

2) JDT Layak

Keputusan
Ceres Menang
Hanoi Seri
Pasukan Mata Semasa   Mata Jangkaan
Ceres–Negros 8 11
Hà Nội 8 9
Tampines Rovers 6 6
Felda United 5 6

 

3) JDT Layak

Keputusan
Ceres Menang
Hanoi Kalah
Pasukan Mata Semasa   Mata Jangkaan
Ceres–Negros 8 11
Hà Nội 8 8
Felda United 5 8
Tampines Rovers 6 6

 

4) JDT Layak

Keputusan
Ceres Seri
Hanoi Seri
Pasukan Mata Semasa   Mata Jangkaan
Ceres–Negros 8 9
Hà Nội 8 9
Tampines Rovers 6 7
Felda United 5 6

 

5) JDT Layak

Keputusan
Ceres Seri 9
Hanoi Menang 7
Pasukan Mata Semasa   Mata Jangkaan
Hà Nội 8 11
Ceres–Negros 8 9
Tampines Rovers 6 7
Felda United 5 5

 

6) JDT Layak

Keputusan
Ceres Seri
Hanoi Kalah
Pasukan Mata Semasa   Mata Jangkaan
Ceres–Negros 8 9
Hà Nội 8 8
Felda United 5 8
Tampines Rovers 6 7

 

7) JDT Layak

Keputusan
Ceres Kalah
Hanoi Kalah
Pasukan Mata Semasa   Mata Jangkaan
Tampines Rovers 6 9
Ceres–Negros 8 8
Hà Nội 8 8
Felda United 5 8

8) JDT Layak

Keputusan
Ceres Kalah
Hanoi Seri
Pasukan Mata Semasa   Mata Jangkaan
Hà Nội 8 9
Tampines Rovers 6 9
Ceres–Negros 8 8
Felda United 5 6

 

9) JDT Layak

Keputusan
Ceres Kalah
Hanoi Menang
Pasukan Mata Semasa   Mata Jangkaan
Hà Nội 8 11
Tampines Rovers 6 9
Ceres–Negros 8 8
Felda United 5 5

 

Berdasarkan 9 situasi diatas, dapat diperhatikan semua pasukan ditempat kedua kumpulan G dalam mana-mana situasi tidak akan dapat menyamai atau memotong jumlah mata Johor DT selepas ditolak dengan mata diperolehi bertemu pasukan tercorot.

Rumusan:

Johor DT secara matematiknya layak ke separuh akhir Zon ASEAN AFC Cup 2017!

Pada peringkat separuh akhir, tempat ke 2 terbaik akan bertemu dengan juara kumpulan G ( Ceres-Negros / Hanoi / Tampines Rovers )

 

Nota: Jika Johor Dt tewas kepada Magwe, pasukan Myanmar itu akan memotong kedudukan Boeung Ket Angkor dan pengiraan akan berbeza.