Malaysia Berita

Drastik: 20 Staf FAM Diberhentikan Kerja Serta Merta

Kerja-kerja membersihkan FAM sedang giat dijalankan oleh pengurusan FAM yang baru.

Ini bagi membolehkan mereka untuk memaksimakan kapasiti ‘work force’ berbanding kuantiti. Terbaru, 20 staf FAM telah diberhentikan kerja serta-merta.

Semua Staf Kejurulatihan B22 Diberhentikan

Kesemua staf kejurulatihan bagi skuad B-22 tahun telah pun ditamatkan perkhidmatan termasuk kit man dan pembantu Setiausaha Agung FAM.

Selain itu, pegawai jersi pasukan atau ‘kit man’ serta Pembantu Setiausaha Agung turut ditunjukkan jalan keluar dari Wisma FAM.Manakala di Bahagian Antarabangsa FAM pula mereka telah ditunjukkan jalan keluar minggu lalu.

2 Orang Yang Tersisa

Dari 20 orang yang diberhentikan, hanya 2 orang yang masih diberi peluang kedua untuk membuktikan keupayaan mereka.

Mereka telah diberhentikan kerja di FAM dan dihantar ke FMLLP untuk kembali memberikan kepercayaan.

Keputusan Drastik

Keputusan ini sedikit drastik terutamanya melibatkan staf kejurulatihan skuad kebangsaan B-22 tahun.

Kontrak staf yang telah diberhentikan itu masih berbaki beberapa bulan dan akan tamat pada Jun 2017. Disebabkan itu, semua mereka telah diberikan pampasan 3 bulan gaji dan perkhidmatan mereka tamat pada 6 April 2017.