Liga Super Malaysia

5 Sebab Kenapa Bola Sepak Kelantan Tiada Nilai Di Mata Penaja

 

Isu yang sedang panas diperkatakan menjelang sepak mula Liga Super 2017 bagi pasukan Kelantan sekarang ini adalah ‘kedaifan’ Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA ) untuk menyiapkan pasukan dari segi kewangan terutamanya.

Angka RM800,000 sahaja yang mampu diperolehi untuk bekalan musim 2017 jelas sangat jauh dari cukup. Sehingga sekarang tiada penaja yang benar-benar yakin untuk menghulurkan tajaan utama kepada Kelantan. Mengapa selalu berlaku kepada pasukan Kelantan ? Penyokong mereka sentiasa dimomokkan dengan masalah sama setiap kali menjelang musim baru seperti tiada penhujungnya.

‘Value’ pasukan bergelar ‘The Red Warriors’ ini sebenarnya sudah hampir tiada kepada penaja-penaja yang berpotensi besar dan disebabkan hilangnya nilai ini, Kelantan sentiasa akan berada dalam keadaan ‘sesak’ jika tiada solusi jangka pendek dan panjang diambil.

20160115_vida_projek_02_620_413_100

5 faktor dibawah ini yang kami kenalpasti sebagai penyumbang terbesar kepada ‘sesak’nya KAFA untuk menguruskan pasukan.

1) Fans Engagement

Kesedaran berkenaan perkara ini bagi pihak media KAFA adalah cukup tenat.

Fans engagement ini tidak sama untuk setiap pasukan negeri yang bertanding kerana faktor budaya, mentaliti dan sebagainya. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab pihak yang berkenaan dalam KAFA untuk mengenalpasti apakah pendekatan yang tepat dan berkesan untuk ‘menghidupkan roh’ bola sepak Kelantan yang sudah luntur. Tidak perlu meniru bulat-bulat apa yang dilakukan oleh media pasukan lain kerana mungkin mereka pandai membaca ‘behaviour’ penyokong justeru wujudnya engagement yang kuat bersama pasukan.

Situasi fans engagement di Kelantan ketika ini cukup negatif. Penyokong ramai yang sudah ‘jauh hati’. Mereka masih menyokong pasukan tapi ia cuma sekadar sokongan tanpa jiwa.

Wujudkan aktiviti sebagaimana yang pernah diadakan dulu bersama masyarakat. Biar mereka ini tahu bahawa pasukan sentiasa bersama mereka. Mereka tidak minta ditaja tiket setiap perlawanan, cukuplah apresiasi atas sokongan mereka.

Mereka inilah yang sebenarnya ‘audience’ bagi penaja. Gagal mendekatkan pasukan bersama penyokong, sedarlah, bahawa akan memusnahkan pasukan – cepat atau lambat sahaja.

Kepada media KAFA, anda gagal mencari solusi perkara ini.

 

2) Tiada Halatuju

Apa halatuju atau direction pasukan Kelantan sebenarnya? Sekadar untuk berada di ‘Top 5’ setiap musim?

Benda seperti ini perlu diperhalusi dengan betul. Halatuju pasukan ini dapat meyakinkan penaja-penaja yang serius untuk memberikan pelaburan kepada pasukan. Pulangan kepada penajaan bukanlah suatu yang mengambil masa yang singkat, ia mengambil masa mungkin 2 hingga 3 tahun sekurang-kurangnya.

Pasukan perlu menerangkan halatuju ini kepada penaja supaya mereka dapat menilai dan ‘allign’ dengan proposal tajaan mereka supaya dapat bergerak secara berjemaah. Proses ini tidak sukar sekiranya pasukan memang jelas dan faham dengan halatuju yang ditetapkan.

Persoalannya apakah pihak pengurusan menetapkan halatuju pasukan untuk 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun akan datang? Atau halatuju sekadar untuk survival dalam divisyen tertinggi bola sepak Malaysia?

 

3) Hutang

Hutang dibawa kehadapan dan mengharapkan ihsan penaja musim baru untuk melangsaikan hutang lapuk. Ini merupakan satu perbuatan biadap kepada penaja baru. Kenapa perlu membayar benda yang tiada kaitan dengan mereka. Penaja yang baru masuk, perkara pertama yang akan dilakukan dengan wang tajaan adalah melangsaikan hutang. Ngeri!

Sebelum tamat musim 2016, apa puak-puak pengurusan fikir untuk memperbaiki status kewangan pasukan untuk musim baru? Cuba meminta belas ihsan syarikat untuk memberi penajaan ( baca: sumbangan). Apabila sehingga tahap merayu memohon penajaan, itu bermakna pasukan itu tidak ada ‘commercial value’ kepada penaja.

 

4) Inisiatif Pemasaran Yang Lemah

Inisiatif lebih kreatif perlu dibuat lebih awal kerana KAFA tahu status kewangan semasa dan bukan apabila sudah ‘tersodok’ baru nak mula. Dimana perancangan jualan merchandise pasukan – duit kepada pasukan. Apa rekaan desain baru jersi yang patut sudah diselesaikan beberapa bulan sebelum musim berakhir supaya dapat dibuka pelancaran jersi baru SEBELUM musim baru bermula.

Ini semua merupakan pendapatan kepada pasukan untuk terus mengukuhkan status kewangan.

Soalan: Wujudkah team pemasaran dan jualan dalam KAFA untuk melaksanakan perkara ini?

Bagaimana pula dengan pemasaran di seperti website dan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Setiap platform ini mempunyai audience yang berbeza dan menjadi tugas pasukan media KAFA untuk ‘tackle’ setiap platform atau channel ini untuk membawa hasil kepada pasukan. Penaja memerlukan ‘presence’ mereka dalam semua channel seperti ini dan ianya tidak berlaku.

 

5) Hilang Kepercayaan Kepada Pengurusan

Trust!

Pihak penaja akan melihat bukan sahaja kepada status individu dalam pengurusan sesuatu pasukan itu tetapi juga keboleh-percayaan atau ‘trustworthy’ dan konsistensi terhadap mereka dalam mengendalikan pasukan dengan profesional. Status gah tidak berguna jika aktiviti belakang tabir menjahamkan pasukan dan menyebabkan negativiti kepada ‘environment’ pasukan yang akhirnya menghilangkan ‘trustworthy’ penaja kepada pihak pengurusan dan bukan kepada tim.

Berdasarkan rekod kehadiran stadium 2016 yang dikeluarkan oleh Sistem Pengurusan Maklumat Bola Sepak ( SPMB ), Kelantan berada ditangga ke 4 paling ramai hadir ke stadium dengan jumlah  89,475 orang. Jika dilihat dari perspektif utilisasi (purata) stadium bagi setiap perlawanan, Kelantan berada di tangga kedua selepas JDT.

Kelantan masih relevan dari segi kehadiran penyokong ke stadium, namun faktor trustworthy kepada pengurusan amat membimbangkan penaja lalu mengambil langkah selamat untuk tidak mengambil risiko ‘membakar’ duit.