Luar Negara

Penyerang Brazil, Hulk Pecah Rekod Pemain Termahal Di Asia Sertai Shanghai SIPG

Brazilian soccer player Hulk waves as he arrives to fans waiting at the airport in Shanghai Wednesday, June 29, 2016. Forward Hulk is expected to join Shanghai SIPG in a deal local media is predicting could be a record for the Chinese Super League. (Color China Photo via AP) CHINA OUT

Penyerang Brazil, Hulk, telah sah menyertai kelab Shanghai SIPG dengan nilai perpindahan bernilai £46.1 juta dan memecah rekod sebagai pemain termahal di Asia. Rekod sebelum ini dipegang oleh penyerang Jiangsu Suning, Alex Texeira dengan nilai perpindahan berjumlah £38.4 juta.

Hulk berusia 29 tahun telah menjaringkan 56 gol dalam semua perlawanan bersama Zenit St. Petersburg musim lalu.

Mengikut laporan media, jumlah keseluruhan nilai perpindahan pemain ke China Super League adalah sekitar £200 juta!

Beliau yang sebelum ini beraksi dalam saingan J League – Kawasaki Frontale, Consadole Sapporo dan Tokyo Verdy, selama 3 musim sehingga 2008. Selepas itu, Hulk menyertai FC Porto dalam liga Portugal dengan nilai £32 juta.

Generated by IJG JPEG Library
Generated by IJG JPEG Library

Hulk bakal bergandingan bersama bekas penyerang Sunderland dari Ghana, Asamoah Gyan dibarisan hadapan. Dan mereka dijangkan akan memperkuatkan lagi jentera serang Shanghai SIPG dalam saingan suku akhir AFC Champion League nanti.

Menurut pengurus Shanghai SIPG, Sven-Goran Erikson, mengatakan bahawa dengan pengaruh yang ada pada Perdana Menteri China yang menggalakkan billionair China untuk memiliki kelab dan mendapatkan pemain terbaik dunia ke CSL. Ini merupakan satu langkah kearah mencapai matlamat China untuk menjadi ” World Football Powerhouse” menjelang 2050.