Penyerang kebangsaan Jepun dan juga Gamba Osaka, Takashi Usami, sah menyertai kelab Bundesliga, FC Augsburg dengan kontrak selama 4 tahun sehingga 2020.
Berita ini disahkan oleh pihak FC Augsburg sendiri melalui laman Facebook rasmi mereka malam tadi.
Usami merupakan salah seorang produk akademi remaja Gamba Osaka, pernah menyertai gergasi Bundesliga, Bayern Munich, secara pinjaman pada musim 2011/2012 dan selepas itu berkelana di 1899 Hoffenheim pada musim 2012/2013. Gol pertamanya dalam saingan kompetitif Jerman hadir ketika beraksi dalam kejohanan DFB Pokal bertemu Ingolstadt 04 pada 26 November 2011.
Namun, mungkin faktor kurang pengalaman diperingkat tertinggi menyebabkan Usamai gagal meninggalkan impak kuat untuk terus beraksi dalam kancah Bundesliga, dan kembali menyertai Gamba Osaka mulai pertengahan musim 2013 dan pada ketika itu Gamba Osaka beraksi dalam J@ League.
宇佐美 貴史選手 アウクスブルクへ完全移籍のお知らせ https://t.co/f7yxiEzjjO #ガンバ大阪 #GAMBAOSAKA pic.twitter.com/W1AJyMzLgH
— ガンバ大阪オフィシャル (@GAMBA_OFFICIAL) June 20, 2016
Pencapaian Usami selepas kembali ke Gamba Osaka tidak dapat dinafikan, apabila beraksi dalam 18 perlawanan dan menjaringkan 19 gol, seterusnya membantu Gamba Osaka menjadi juara J2 dan layak beraksi dalam J1 musim 2014.
Ketajaman Usami didepan gol pada musim 2014 semakin meningkat apabila berjaya membantu Gamba Osaka menjuarai trebel – J1 League, Yamazaki Nabisco Cup dan Emperor’s Cup. Musim lalu, beliau menjaringkan 19 gol dari 34 perlawanan.
Selamat maju jaya kepada Takashi Usami!