Luar Negara

Malaysia U22 Seri 3-3 Bertemu Skuad Simpanan FC Machida Zelvia! Bukan Skuad Utama.

13445689_999249906838440_1749775818858305515_n_0

Skuad U22 Malaysia yang sekarang berada di Jepun dalam siri latihan dan perlawanan persahabatan telah mencatat keputusan seri 3-3 dengan sebuah kelab J2 League, Machida Zelvia FC pagi tadi.

Ramai juga yang menganggap keputusan seri ini sebagai petanda yang cukup memberansangkan kerana berjaya mengekang asakan pemain-pemain dari liga divisyen 2 Jepun itu. Namun, kami merasakan sebaliknya kerana pemain-pemain muda kita tidak mendapat “sparring” yang sebenar apabila majoriti pemain-pemain Machida Zelvia yang beraksi dalam saingan J2 League tiada dalam barisan yang diturunkan.

Kami cuba membuktikan perkara dengan merujuk kepada beberapa sumber dan data rasmi dari Jepun. Ketika ini FC Machida Zelvia berada pada kedudukan ke 6 J2 League dengan 32 mata dari 19 perlawanan – 9 menang, 5 kalah dan 5 seri, menjaringkan 21 gol dan 14 bolos.

Menurut Fan Page rasmi FAM, pemain-pemain yang diturunkan oleh FC Machida Zelvia adalah seperti berikut:

Pemain-pemain FC Machida Zelvia vs Malaysia U22

13407304_999249900171774_6824304588200442718_n

Keisuke Naito (GK); Shinnosuke Hatanaka; Kota Fukatsu (C); Yuya Nakamura; Ryuto Otake; Yudai Inoue; Shingo Arizono; Taisuke Miyazaki; Junto Matsushita; Akira Toshima; Kentaro Shigematsu.

Simpanan: Kyohei Shimazaki (GK), Hiroki Mawatori (GK), Kenta Fukumori, Tomoya Fukuda, Shohei Yokoyama.

Banyak persoalan yang muncul dari penyokong Malaysia yang kami lihat diruangan komen seperti, “Team ni takde pemain import ke?”, “Tak nampak macam pemain pro pun”, dan sebagainya lagi.

Disini kami rungkaikan persoalan yang timbul beserta beberapa bukti yang menyokong fakta kami ini.

Senarai Pemain Kelab FC Machida Zelvia

GK

DF

MF

FW

Berapa Kali Penampilan Dalam Liga J2 League Pemain Yang Bertemu Malaysia U22?

Penjaga Gol
1.Keisuke Naito (GK) 0

Pertahanan
5.Kota Fukatsu – 2 penampilan, 180 minit, 0 gol
16.Shingo Arizono – 1 penampilan 55 minit, 0 gol
27.Tomoya Fukuda 0

Tengah
15.Yudai Inoue – 10 penampilan, 414 minit, 0 gol
18.Taisuke Miyazaki – 3 penampilan, 10 minit, 0 gol
20.Junto Matsushita – 1 penampilan, 3 minit, 0 gol
14.Shohei Yokoyama 0

Penyerang
11.Yuya Nakamura – 4 penampilan, 32 minit, 0 gol
23.Akira Toshima – 12 penampilan, 354 minit, 0 gol
39.Kentaro Shigematsu – 18 penampilan, 533 minit, 3 gol

list

Nota: Data rasmi bagi setiap pemain yang beraksi dalam J League dikemaskini selepas berakhir setiap perlawanan.

5 pemain berikut tidak pernah tersenarai sekalipun untuk menghuni bangku simpanan.

  1. Shinnosuke Hatanaka
  2. Ryuto Otake
  3. Kenta Fukumori
  4. Hiroki Mawatori (GK)
  5. 22.Kyohei Shimazaki (GK)

FC Machida Zelvia menjaringkan 21 gol sepanjang hampir separuh musim 2016 ini dan hanya 4 orang pemain yang menjaringkan gol tersebut.

  1. Kentaro Shigematsu – 2 gol
  2. Koji Suzuki – 10 gol
  3. Takafumi Suzuki – 2 gol
  4. Yuki Nakajima – 7 gol

Dan dari 4 pemain diatas, hanya Kentaro Shigematsu disenaraikan untuk bermain menentang Malaysia U22. Manakala penjaga gol utama mereka yang beraksi dalam kesemua 19 perlawanan juga tidak diturunkan – Takahara Toshiyasu.

Kesimpulan yang dapat dibuat dari maklumat yang kami kumpulkan diatas adalah, skuad Malaysia U22 sebenarnya tidak bertemu dengan pasukan FC Machida Zelvia “sebenar” yang berjaya berada dikedudukan ke 6 J2 League ketika ini. Ini tidak membayangkan kualiti FC Machida Zelvia sebenar walaupun pasukan Malaysia U22 mampu seri 3-3.

Mengikut data penampilan pemain FC Machida Zelvia musim 2016, ada 16 pemain yang telah beraksi sekurang-kurangnya 10 perlawanan musim ini, namun hanya 3 pemain disenaraikan dalam pertemuan dengan Malaysia U22 – Kentaro Shigematsu 18 penampilan, Yudai Inoue 10 penampilan dan Akira Toshima 12 penampilan.

Sila LIKE Facebook Football Channel Malaysia kami untuk maklumat lebih pantas!