AFC MA Ranking: Margin Mata Semakin Kecil. Malaysia Mungkin Terlepas Slot AFC Champions League

Selepas tamat perlawanan MD2 pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 semalam, dengan Malaysia mengalami kekalahan 1-2 kepada Lebanon, Football Tribe Malaysia cuba untuk memberikan impak keputusan tersebut kepada kedudukan AFC MA Ranking.

Kenapa Keputusan Perlawanan Pasukan Negara Penting?
Sebarang keputusan dari perlawanan antarabangsa adalah penting dan akan memberikan kesan langsung kepada kedudukan AFC MA Ranking.

Perkara ini adalah kerana sudah tiada wakil Malaysia yang bersaing dalam kejohanan kelab peringkat Asia, maka tiada pertambahan mata yang akan diperolehi lagi untuk tahun 2017.

 

Hong Kong Merapatkan Jurang
Keputusan perlawanan diantara Hong Kong bertemu Korea Utara berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Dengan keputusan ini, Hong Kong telah berjaya melebarkan jurang mata bagi Komponen 2 ( 10% Mata Pasukan Kebangsaan ), dari 0.374 mata kepada 0.817 mata, pertambahan sebanyak 0.443 mata.

Malaysia masih memiliki kelebihan kerana mata yang dikutip oleh kelab yang beraksi diperingkat Asia, 1.423 mata, mampu mengekalkan kedudukan Malaysia dikedudukan ke 6 AFC MA Ranking buat masa sekarang.

Ada Risiko Dipotong Hong Kong?
Risiko dipotong oleh Hong Kong adalah sangat besar sekiranya Malaysia tidak berjaya menambah mata FIFA sebanyak mungkin.

Pertemuan dengan Hong Kong pada 5 September dan 5 Oktober nanti nanti adalah cukup kritikal, dimana Malaysia wajib menang kedua-dua perlawanan jika mahu kekal dikedudukan ke 6 AFC MA Ranking.

Jika Malaysia mampu mengaturkan perlawanan persahabatan antarabangsa A, pasukan kebangsaan perlu cuba untuk maraih mata maksimum.

 

Berapa Margin Untuk Hong Kong Memintas Malaysia?
Berdasarkan pengiraan yang telah dibuat, dengan mengambil kira keputusan perlawanan pasukan kelab Al-Ain dari UAE dalam saingan AFC Champions League 2017, Hong Kong memerlukan margin mata sekitar 1.327 hingga 1.423 mata untuk memotong kedudukan Malaysia. Margin semasa yang dipegang oleh Hong Kong adalah 0.817 mata.

Margin minimum 1.327 mata hingga maksimum 1.423 mata dikira berdasarkan keputusan Al-Ain samada tewas diperingkat suku akhir AFC Champions League atau muncul juara 2017.