Berita

Adik Wan Kuzain Dipanggil Sertai Latihan Pasukan Remaja Kebangsaan USA

Ramai telah mengenali nama Wan Kuzain Wan Kemal setelah pemain itu, mempamerkan aksi memukau sejak dari kecil hingga berjaya tampil bersama skuad remaja USA.

Terkini, adik beliau – Kuzri Wan Kamal, juga telah berjaya menarik perhatikan skuada remaja Amerika Syarikat.

Sertai Latihan Di California

Melalui kemaskini terbaru lama sosial Facebook bapanya, Wan Kamal memberitahu Kuzri akan menyertai latihan skuad remaja Amerika Syarikat.

“Untuk maklumat semua Kuzri telah diplilih untuk menjalani latihan bersama US Youth National Team 02.”

“Beliau akan menjalani latihan di Carson, California dari 26 haribulan sehingga 30 haribulan ini.”

Salam sejahtera dan Selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak kepada semua waris dan sahabat di Malaysia. Semoga…

Wan Kamalさんの投稿 2017年5月26日

 

Wan Kamal juga memohon doa dari semua semoga Kuzri akan berjaya dan selamat semuanya.

“Saya berharap semua waris dan kawan-kawan dapat mendoakan kejayaan dan keselamatannya.”

“Jasa baik anda hanya Allah yang mampu membalasnya. Sekian, dan selamat berpuasa…Wasalam.”

 

Kemaskini Rasmi Laman Web US Soccer Federation.

Wan Kuzri Wan Kamal terpilih bersama-sama 64 lagi pemain remaja seluruh USA, untuk menyertai kem latihan selama 5 hari ini yang akan diketuai oleh Tony Lepore, US Soccer Director of Talent Identification.