Luar Negara

Akibat Rasuah, 2 Pengadil Thailand Di Gantung Dari Aktiviti Bola Sepak Seumur Hidup

AC  Yangoon United  (Myanmar)  vs.  South China AA  (Hong-Kong) - Mahapab (Thailande)

Jawatankuasa Disiplin AFC, telah menjatuhkan hukuman pengharaman dari sebarang aktiviti bola sepak kepada 2 pangadil dari Thailand, Thanom Borikut dan Chaiya Mahapab atas kesalahan rasuah dan salah laku menjurus kepada penetapan keputusan perlawanan.

Thanom Borikut didapati bersalah dalam mengendalikan 4 perlawanan pada 2013 dan 2014, manakala Chaiya Mahapab juga 4 perlawanan pada 2012,2013 dan 2014.

Kedua-dua mereka telah digantung dari sebarang aktiviti bola sepak seumur hidup di Asia, dan AFC akan mencadangkan kepada FIFA bagi mengharamkan mereka dari terlibat dari sebarang aktiviti bola sepak diseluruh dunia.

c1_1025049_620x413

“AFC tidak mempunyai toleransi dalam kes manipulasi perlawanan. Kami akan terus membanteras aktiviti ‘match-fixing’ di Asia melalui 3 strategi – ‘Prevention, Detection & Response’ ”

Thanom Borikut dan Chaiya Mahapad sebelum ini telah berada dibawah perhatian Football Association of Thailand (FAT) atas beberapa keputusan perlawanan yang tidak masuk akal. Thanom merupakan seorang pengadil yang cukup dikenali di Thailand kerana reputasi buruknya mengendalikan perlawanan.

trong-tai-thailan

Beliau merupakan pembantu pengadil FIFA-level dan pernah berada dalam senarai untuk mengendalikan perlawanan di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Bagaimanapun, setahun sebelum kejohanan itu berlangsung, pekerja kerajaan ini telah ditahan atas tuduhan membunuh bos nya sendiri di Saraburi.

Selain itu, beberapa tahun lalu, beliau telah mengalami kecederaan yang parah apabila telah ditembak oleh pembunuh upahan. Kes ini masih menjadi misteri samada berlaku disebabkan berkaitan isu bola sepak ataupun tidak.

football-referees-in-thailand-1406711457

Pada 2014, semua pegawai perlawanan telah dibawa ke Emerald Buddha di Bangkok untuk membuat satu ‘aku janji’ yang mereka tidak pernah melakukan sebarang salah laku dalam mengendalikan tugas mereka. Ramai rakyat Thailand percaya bahawa jika mereka melanggar ‘aku janji’ tersebut, mereka akan dihukum oleh kuasa ghaib.