![](https://football-tribe.com/malaysia/wp-content/uploads/sites/13/2018/02/stadium-bukit-jalil-800x425.jpg)
Cuba tanya mana-mana rakan anda yang selalu menyaksikan perlawanan bolasepak secara langsung di stadium, mampukah mereka membandingkan pengalaman tersebut dengan pengalaman menyaksikan bolasepak melalui kaca televisyen? Sudah tentu tidak.
“Tetapi mahal lah untuk fly ke Eropah untuk tengok game bola?”
Anda tidak perlu pergi ke Eropah untuk menyaksikan perlawanan bolasepak yang menghiburkan. Malah, kita sebenarnya bernasib baik kerana Asia Tenggara merupakan antara lokasi terbaik untuk menyelami dan mengalami budaya bolasepak yang cukup fanatik.
Cuba lihat Indonesia. Baru-baru ini, ratusan peminat Persija Jakarta mereka membuat perjalanan daripada Jakarta ke Johor Bahru untuk memberi sokongan kepada skuad Macan Kemayoran apabila mereka turun padang untuk perlawanan Piala AFC menentang Johor Darul Ta’zim.
Bercakap tentang Asia Tenggara dan juga budaya menyaksikan bolasepak di stadium, rantau ini juga menjadi tuan rumah kepada beberapa stadium terbesar di dunia. Siapa yang boleh melupakan atmosfera di Stadium Bukit Jalil ketika Malaysia bertembung dengan Indonesia di final Piala Suzuki 2010. Ataupun ketika pasukan B-23 tahun kedua-dua negara bertemu di Stadium Gelora Bung Karno untuk final Sukan SEA pada tahun 2011.
Berikut adalah senarai 10 stadium terbesar di Asia Tenggara: