Liga AFL Berita

12 pasukan Liga A1 2025-2026

Liga A1 Semi-Pro musim 2025-2026 akan disertai 12 pasukan dengan sepak mula yang dijadualkan pada penghujung Julai dan berakhir Mei 2026.

Ia terdiri daripada 4 pasukan baharu, 5 pasukan sedia ada serta 3 pasukan feeder.

Armed Forces FC
Manjung City FC
Imigresen FC II
Johor Darul Ta’zim II
Selangor II
Kelantan WTS FC
Kedah
Machan FC
Kelantan Red Warriors
Bunga Raya FC
Malaysian University
Perak

Namun, 3 pasukan diberikan kelulusan bersyarat iaitu Kedah, Guar Syed Alwi (GSA FC) dan Seoul Phoenix FC (Korea Selatan) yang berpengkalan di Lembah Klang.

Mereka diberikan tempoh 10 hari (6 Jun – 15 Jun 2025 ) untuk melengkapkan beberapa kriteria/dokumen yang diperlukan.

Namun, AFL berharap dapat memulakan liga dengan 14 pasukan.

Dua pasukan iaitu UM-Damansara FC dan Ipoh City FC dalam pertimbangan untuk melengkapkan bilangan pasukan namun didapati masih banyak lagi kriteria yang perlu mereka penuhi.

“Perancangan kita sebelum ini untuk mendapatkan sehingga 14 pasukan yang bakal bersaing,” kata Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

“Jika semua atau ada di antara mereka berjaya mendapatkan kelulusan penuh maka akan bertambah bilangan pasukan.

“Jika tidak, AFL tiada masalah untuk meneruskan dengan 12 pasukan yang sememangnya telah bersedia.”