JDT membuat keputusan untuk mengurangkan perbelanjaan bagi musim 2024.
Keputusan itu dibuat selepas JDT meraih double quadruple bagi musim 2022 dan 2023 berturut-turut.
“Setelah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk projek bola sepak termasuk insfrastruktur bola sepak dalam tempoh enam hingga tujuh tahun yang lepas,” kata CEO JDT, Alistair Edwards.
“JDT perlu membuat penstrukturan kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang.
“Kelab telah memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30-40% untuk membolehkan proses tersebut.”
Justeru, katanya, JDT tidak akan membelanjakan wang sebaliknya akan mengurangkan perbelanjaan.
“JDT akan melakukan transformasi kelab yang akan menyaksikan beberapa perubahan membabitkan kakitangan menjelang musim 2024 dan 2025.
“Ini termasuk para pemain dan staf teknikal yang akan dilepaskan oleh kelab.”