Liga Super Malaysia Berita

UiTM FC tarik diri Liga Malaysia, mahu sertai Liga M3

UiTM FC membuat keputusan mengejut apabila menarik diri daripada Liga Malaysia.

Penarikan diri itu dibuat dua bulan sebelum sepak mula musim 2023.

“Ahli Lembaga Pengarah UiTM telah bermesyuarat dan keputusannya untuk menarik diri daripada liga pada musim depan,” kata Presiden UiTM FC, Prof. Dr. Sazili Shahibi kepada Astro Arena.

“Kewangan adalah salah faktornya, tapi kami rasa daripada segi kemampuan, ia tidak sesuai buat pemain-pemain kami.”

Namun, UiTM berhasrat untuk meneruskan pasukan di peringkat Liga M3 musim ini.

MFL dijangka mengumumkan bilangan pasukan yang bertanding di Liga Super musim ini.