Kuala Lumpur City mara ke final Piala AFC Zon ASEAN 2022 setelah menewaskan kelab Vietnam, Viettel FC 6-5 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 0-0 sepanjang 120 minit permainan di Ho Chi Minh.
Ini pertama kali KL City mara jauh sehingga ke final, malah istimewanya, ini penampilan pertama KL dalam Piala AFC.
KL bagaimanapun hanya mencatatkan 28 peratus penguasaan bola sepanjang perlawanan dengan hanya 5 percubaan berbanding Viettel yang meraih 71 peratus penguasaan bola dengan 25 percubaan.
Namun, Viettel gagal menembusi pertahanan KL sepanjang 120 minit, memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.
KL pada mulanya hampir tersingkir selepas gagal menyudahkan sepakan penalti kedua, namun Viettel gagal menyudahkan sepakan penalti dan ke-4 dan ke-6 sekali gus memberi kemenangan kepada KL.
KL akan bertemu PSM Makassar pada 24 Ogos ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.