Chanathip Songkrasin berjaya membantu Hokkaido Consadole Sapporo untuk menang 2-0 keatas gergasi bola sepak Jepun, Urawa Reds, dalam saingan J1 League sebentar tadi.
Beliau yang tersenarai dalam kesebelasan utama kelihatan semakin serasi dengan gaya permainan Consadole Sapporo berjaya mempamerkan aksi memukau apabila banyak kali mengucar kacirkan pertahanan Urawa Reds dengan gerakan dan hantaran bola yang mengelirukan lawan.
Bagaimanapun Chanathip dikeluarkan pada minit ke 63, digantikan oleh bekas pemain Muangthong United juga sebelum ini, Jay Bothroyd dan pada minit ke 88, Jay berjaya menjaringkan gol kedua Consadole Sapporo.
Consadole Sapporo kini mengutip 19 mata dan berada dikedudukan 14 J1 League manakala Urawa Reds pula mengutip 29 mata ditangga ke 8 liga selepas 19 perlawanan.
https://www.facebook.com/ThailandNTOFFICIAL/videos/1723248117984746/