Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe hanya akan melepaskan senarai akhir 23 pemain yang akan dipilih bagi mengharungi aksi penting kelayakan Piala Dunia 2022 bertemu Timor Leste sekurang-kurangnya sehari sebelum perlawanan.
Beliau turut mengakui terpaksa berbuat demikian kerana kesemua pemain menunjukkan aksi terbaik sepanjang latihan dan tidak mahu terlalu gopoh membuat keputusan.
“Saya belum lagi mempunyai bayangan mengenai pemain yang akan digugurkan walaupun ada beberapa pemain yang mengalami kecederaan selepas aksi bertemu Nepal, Ahad lalu.
“Bagi saya, lebih baik kalau senarai diumumkan selepas mereka menjalani beberapa sesi latihan lagi dan berkemungkinan besar, senarai 23 pemain akan dapat dimuktamadkan pada Khamis ini.
“Lagipun, mereka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok (hari ini). Saya mahukan mereka menikmati Hari Raya dalam keadaan yang tenang sebelum kembali menjalani latihan pada petang Hari Raya pertama,” katanya