Malaysia Berita

Sumareh mahu makan semua juadah Aidilfitri

Mohamadou Sumareh, pemain pertama naturalisasi negara telah selesai menjalankan ibadah puasa selama sebulan.

Beliau turut mengakui menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Justeru, beliau bertekad untuk melanggar pantang larang bagi merasa semua juadah Aidilfitri.

“Saya mahu makan apa sahaja pada Hari Raya Pertama Aidilfitri nanti,”

Sumareh yang berusia 24 tahun adalah pemain Pahang dan pernah mewakili Malaysia pada aksi persahabatan bertemu Nepal

“Saya bukanlah orang yang kuat makan kerana saya sentiasa menjaga diet. Namun untuk Hari Raya Aidilfitri, itu adalah hari di mana saya akan makan apa sahaja makanan.

“Hanya satu hari untuk berbuat demikian, jadi saya rasa tidak ada masalah buat saya. Banyak makanan Malaysia yang saya suka antaranya rendang dan ikan patin masak tempoyak,” katanya.