Malaysia Berita

Permukaan padang akan diperbaiki – FAM

Harimau Malaya akan berdepan Timor Leste pada 7 dan 11 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil yang membabitkan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.

Runguntan daripada jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe mengenai keadaan padang tidak memaksa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memindahkan perlawanan ke venue lain.

Bercakap kepada BH Sukan, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, “Venue tidak akan bertukar dan perlawanan akan berlangsung seperti yang sudah dirancang. Namun kita akui permukaan padang tetap perlu ditambahbaik bagi aksi bertemu Timor Leste.

“Apapun, pihak kita sudah berhubung dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berhubung masalah ini. PSM sudah memberi jaminan bahawa keadaan permukaan padang akan diperbaiki dan ditambahbaik,” katanya.