Juara Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Carabao telah menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dalam sistem pembangunan bola sepak negara.
Pasukan yang telah memenangi gelaran treble inggeris baru-baru ini, Manchester City telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, Syed Saddiq berkata kemungkinan akan wujud jalinan kerjasama di antara Manchester City dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ketika ditanya media bentuk kerjasama yang terjalin, Syed Saddiq berkata ; “ada beberapa perspektif yang akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat ini khususnya bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menjalankan tugas dengan baik,” kata Syed Saddiq.
“Sebagai contoh, prospek untuk menghantar pemain ke Jepun. Kita ada beberapa pemain sudah beraksi bersama kelab mereka tetapi kita masih cuba menambah dan pada masa sama kita juga mahu melakukan pertukaran kepakaran jurulatih.
“Sebab bila saya berjumpa Presiden JFA pihaknya menyatakan pada tahun 1980-an Jepun banyak belajar daripada kita, sekarang masa untuk mereka pula membantu kita. Apapun, saya rasa langkah ini tidak bertindih.” Katanya