Luar Negara Berita

Manchester United dan Manchester City catat kewangan pendapatan paling tinggi musim 2017/18

Laporan kewangan yang dilaporkan oleh kerajaan Inggeris telah menunjukkan bahawa kelab Liga Perdana Inggeris mendapat keuntungan sebanyak 5.478 bilion euro pada musim 2017/18.

Tetapi angka perbelanjaan kelab-kelab Liga Perdana berada pada tahap yang tinggi dengan 2.174 bilion euro direkodkan pada musim lalu – ianya lebih daripada satu bilion euro telah dibelanjakan pada tahun kelima.

The Guardian turut melaporkan bahawa kelab-kelab tersebut telah menerima pulangan yang lumanyan daripada hak penyiaran apabila menerima tujuh bilion euro dari 2016 dan 2019.

Kelab gergasi inggeris yang sedang terumbang ambing dan berada di tangga ke-6 liga, Manchester United membuat kewangan paling positif dengan mencapai keuntungan sebanyak 670 juta euro, diikuti oleh Manchester City sebanyak 568 juta euro.

Maklumat tersebut turut menyatakan bahawa sehingga 30 Jun 2018, kelab Liga Perdana berbelanja besar dalam menghabiskan hampir 59% daripada jumlah pendapatan mereka ke atas gaji pemain sahaja.

Sekali lagi Manchester United berbelanja besar untuk gaji pemain dengan menghabiskan 336 juta euro pada tahun lalu, kedua Liverpool dengan 300 juta dan Manchester City dengan 295 juta

Tetapi rekod ini tidak semuanya positif apabila West Brom, Watford, Swansea, Stoke, Everton, Crystal Palace dan Bournemouth semuanya membuat kerugian.