Kolum

Mbappe dan kisah keinginan beliau mahu lari dari bayangan Neymar

Ahad lalu, Kylian Mbappe telah naik ke atas pentas di Paris untuk menerima anugerah di atas kecemerlangnya dalam suka bola sepak dan jelas pada hari Ahad tersebut, pemain ini telah menyebabkan suasan kacau di kem Paris Saint Germain.

Beliau telah memberi satu ucapan yang bertentangan dengan kata-kata beliau sebelum ini, di mana beliau telah menjelaskan sebelum musim berakhir bahawa beliau mahu kekal di PSG.

Tetapi lain yang terjadi pada Ahad lalu apabila beliau menyatakan mahu mencari tempat baharu dengan tanggungjawab yang lebih besar.

Keesokkan harinya, PSG menjawab kenyataan terbabit dengan mengatakan bahawa pemain berusia 20 tahun itu tidak akan dijual.

PSG sebelum ini tidak pernah mengalami situasi ‘kelam kabut’ apabila beberapa pemain mereka menunjukkan niat untuk keluar – Hatem Ben Arfa, Marco Verrati ataupun Adrien Rabiot.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Tetapi untuk bintang muda dan antara bakal pemain terbaik dunia, jelas PSG mahu menyelesaikan permasalahan ini dengan cepat sebelum beberapa kelab luar mengambil peluang daripada isu yang berbangkit ini.

Apa yang jelas, PSG tidak mahu kehilangan pemain ini dan mahu terus beliau kekal sehingga penghujung 2023, di tahun akhir kontraknya.

Pada waktu itu, Mbappe akan berusia 23 tahun dan Los Blancos akan berada dalam kedudukan untuk berunding bagi mendapatkan beliau.

Apa yang bermain di fikiran seorang anak muda yang telah memenangi Piala Dunia dan juara Ligeu 1 adalah untuk di beri satu tanggungjawab yang lebih besar selain daripada memenangi gelaran penting dan menjadi pemain terbaik dunia.

Beliau tidak mungkin dapat merasa perkara-perkara tersebut jika Neymar masih kekal bersama PSG. Mbappe jelas mahu memimpin satu pasukan dan mempunyai sejarah sendiri, seperti apa yang dilakukan oleh Ronaldo dan Messi.

(Photo by Tim Clayton/Corbis via Getty Images)

Tanggungjawab tersebut sekarang berada di bahu Neymar, biarpun pemain tersebut selalu sahaja dilanda masalah kecederaan sehingga terlepas beberapa perlawanan penting seperti menentang Manchester United sehingga mereka tersingkir pada pusingan 16.

Ia jelas menggangu fikiran anak muda ini apabila orang lebih memandang Neymar daripada beliau, biarpun beliau mempunyai rekod yang lebih tinggi berbanding Neymar dengan 38 gol dan 17 bantuan gol dalam 42 perlawanan, manakala Neymar hanya berjaya mencatat 23 gol dalam 28 perlawanan.

Selain daripada itu, Neymar yang mendapat bayaran lebih tinggi daripada Mbapee dengan 37 juta euro, manakala beliau pula hanya mendapat 13 juta euro. Keinginan beliau untuk hilang dalam bayangan Neymar adalah kuat.