Liga Super Malaysia Berita

Tam Sheang Tsung mahu bina semula karier

Tam Sheang Tsung mahu bina semula karier

Apabila Tam Sheang Tsung berhijrah ke Shanghai Shenhua, beliau dilihat sebagai pemain berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah.

Seharusnya, beliau sudah menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan ketika ini.

Tetapi realitinya tidak seindah mimpi.

Sejak dibebaskan oleh kelab China itu, Tam sering bertukar-tukar kelab dari kelab Jepun hingga ke Malaysia.

Pada 2016, beliau berhijrah ke Melaka hinggalah tidak mempunyai sebarang kelab sejak tahun lalu.

Tam bagaimanapun belum mahu berputus asa.

“Saya percaya Kedah akan membantu saya meningkatkan prestasi sebagai pemain. Mereka mempunyai pemain yang bagus dan pasukan yang kuat.

“Saya berlatih dengan baik bersama rakan sepasukan ketika ini. Corak permainan Kedah sangat sesuai dengan cara permainan saya.

Tam sedar, beliau perlu bersaing dengan barisan pemain Kedah sedia ada yang menjadi pilihan utama jurulatih Aidil Sharin.

“Sebagai pemain, saya perlu mendisiplinkan diri dalam sesi latihan dengan harapan untuk menjadi pemain utama Kedah.

“Saya sangat berharap dapat memberikan prestasi terbaik dan membantu Kedah mencapai sasaran.”

Tam yang beraksi di bahagian tengah perlu bersaing dengan Baddrol Bakhtiar, David Rowley, Fadzrul Danel, Amirul Hisyam Awang Kecik, malah dengan pemain import, Amin Nazari.

Kedah pula sudah tentu akan memilih barisan terbaik sahaja, memandangkan mereka mahu menjuarai Liga Super atau Piala FA bagi melayakkan diri ke AFC Champions League musim dep