Malaysia Berita

Safuwan Baharudin tak sabar jumpa JDT

Pemain import Pahang, Safuwan Baharudin bersedia untuk bertemu Johor Darul Ta’zim di Larkin, Selasa ini.

Kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA akan dijadikan motivasi untuk para pemain Pahang dalam usaha untuk mendekatkan jurang mereka dengan pendahulu Liga Super terbabit.

“Saya harapkan keputusan terbaik apabila bermain di Larkin Selasa ini, selepas kami mengalami dua kekalahan berturut-turut.

“Kami perlu menang untuk mengurangkan jurang lima mata ketika ini jika mahu bersaing dengan JDT dalam perebutan Piala Liga Super musim ini.

“Diharapkan kejayaan layak ke separuh akhir Piala FA dan kemenangan besar ke atas TFC membantu mencatat kemenangan di Larkin nanti,” katanya.