Luar Negara Berita

Atlanta Tunjuk Juventus Jalan Keluar

Pendahulu Serie A, Juventus terkeluar daripada saingan Coppa Italia selepas mencatat kekalahan mengejut, 3-0 ke atas Atlanta awal pagi tadi.

Timothy Castagne meledak gol pertama Atlanta pada minit ke-37 sebelum Duvan Zapata menambah derita Juventus dengan dua gol sebelum rehat babak pertama dan kedua.

Selain daripada itu, jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri dibuang padang selepas melemparkan jaket ke padang selepas gol kedua Atlanta.

Tetapi bagi beliau, pengadil membuat keputusan yang tepat untuk mengarahkan beliau keluar padang.

“Ia betul untuk mengarahkan saya keluar padang, saya tidak sabar dan pengadil itu sempurna sepanjang perlawanan,” kata Allegri.

“Pujian kepada pengadil, pada masa itu saya dibayar untuk kemarahan saya, pemain berasa motivasi yang rendah.

“Kekalahan ini boleh berlaku, tidak ada apa-apa untuk menyalahkan mereka, terutamanya dengan apa yang mereka lakukan sehingga sekarang.”

Zapata telah mengumpul 17 gol dalam 10 perlawanan terakhirnya di semua pertandingan.