Pemain tengah Perak, Brendan Gan bersedia mengawal jentera tengah Perak bagi misi untuk memenangi Piala Malaysia pada perlawanan diantara Terengganu dan Perak di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Beliau yang berasal daripada Australia mengingatkan rakan sepasukkan bahawa kunci sesuatu kejayaan adalah dengan bekerjasama serta bekerja sebagai sebuah pasukan dan mengikut segala arahan yang diberikan oleh jurulatih.
“Kita akan bermain secara berpasukan untuk pastikan kemenangan Perak dan menuruti arahan diberikan jurulatih (Mehmet Durakovic).
“Seluruh pasukan bersemangat untuk menampilkan aksi terbaik sekali gus memenangi aksi itu kerana tidak mahu menghampakan penyokong,” katanya kepada Berita Harian.
Brendan yang sebelum ini berehat panjang disebabkan kecederaan yang dialami oleh beliau menyertai skuad Perak diawal musim liga super.
Bekas pemain Kelantan ini juga mengingatkan para pemain agar bersiap sedia untuk menghadapi Terengganu FC yang kuat disetiap unit.
“Sama seperti Perak, Terengganu juga mempunyai kekuatan serta mahu memenangi perlawanan itu. Jadi, apa saja boleh terjadi dan kami perlu menggunakan peluang sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan pasukan,” katanya kepada Berita Harian.