Santai Malaysia

Senarai nilai pasaran setiap pasukan yang bertanding di Liga Super Malaysia 2018

Liga Super Malaysia merupakan antara pentas bolasepak yang paling menarik di Asia Tenggara, dari segi aksi yang lihat di atas padang, barisan pemain-pemain import yang mewarnai saingan liga dan juga nilai pasaran setiap pasukan yang beraksi di pentas tersebut.

Menggunakan data TransferMarkt.com, kami telah menyenaraikan nilai pasaran semasa yang ditetapkan bagi kesemua 12 pasukan yang sedang beraksi di Liga Super Malaysia 2018. Nilai pasaran selalunya mengambil kira prestasi semasa pasukan, nilai pasaran setiap pemain individu, dan juga potensi yang dimiliki oleh sesebuah pasukan.

Berikut adalah senarai tersebut:

12) PKNP FC

Nilai Pasaran: 725 ribu Euro
Pemain Paling Bernilai: Ritus Krjauklis (225 ribu Euro)

Kelantan FA

Nilai Pasaran: 925 ribu Euro
Pemain Paling Bernilai: Mohammad Ghaddar (300 ribu Euro)

Terengganu FC

Nilai Pasaran: 1.18 juta Euro
Pemain Paling Bernilai: Igor Zonjic (300 ribu Euro)

Kuala Lumpur FA

Nilai Pasaran: 1.40 juta Euro
Pemain Paling Bernilai: Guilherme de Paula (350 ribu Euro)

Negeri Sembilan FA

Nilai Pasaran: 1.60 juta Euro
Pemain Paling Bernilai: Kim Do-heon & Nicolas Velez (350 ribu Euro)

Selangor FA

Nilai Pasaran: 1.73 juta Euro
Pemain Paling Bernilai: Alfonso de la Cruz (250 ribu Euro)

PKNS FC

Nilai Pasaran: 1.78 juta Euro
Pemain Paling Bernilai: Zac Anderson (25o ribu Euro)

Pahang FA

Nilai Pasaran: 1.85 juta Euro
Pemain Paling Bernilai: Mohamadou Sumareh (250 ribu Euro)

Melaka United

Nilai Pasaran: 2.15 juta Euro
Pemain Paling Bernilai: Yahor Zubovich

Perak FA

Nilai Pasaran: 2.5 juta Euro
Pemain Paling Bernilai: Wander Luiz (550 ribu Euro)

Kedah FA

Nilai Pasaran: 3.10 juta Euro
Pemain Paling Bernilai: Alvaro Silva (800 ribu Euro)

Johor Darul Ta'zim

Nilai Pasaran: 5.78 juta Euro
Pemain Paling Bernilai: Harry Novillo (900 ribu Euro)