Luar Negara Berita

Arsenal juara UEFA Champions League 2024-2025

Arsenal juara UEFA Women Champions League selepas menewaskan Barcelona 1-0 dalam perlawanan akhir di Lisbon.

Stina Blackstenius muncul wira apabila menjaringkan satu-satunya gol Arsenal pada minit ke-74.

Mariona Caldentey mencipta sejarah apabila menjulang trofi Champions League dengan dua pasukan berbeza, tahun lalu bersama Barcelona, tahun ini bersama Arsenal.

Arsenal menjadi pasukan bola sepak wanita Inggeris yang paling berjaya di kejohanan Eropah apabila menjulang trofi UWCL dua kali sejak memenanginya kali pertama pada 2007.