Pengerusi Perak, Datuk Seri Azim Zabidi mengesahkan bahawa skuad The Bos Gaurus terpaksa menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan kerana masalah kewangan.
Katanya, pihaknya sudah melakukan yang termampu untuk membangunkan pasukan itu termasuk membelanjakan hampir RM40 juta sejak tiga tahun lalu.
Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menghormati keputusan dibuat XOX Berhad yang memiliki 100 peratus pemilikan saham Perak.
“PAFA amat menghargai dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada XOX
Berhad atas sumbangan diberikan kepada pasukan bola sepak negeri melalui Perak,” kata Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.
“PAFA turut bersimpati dengan nasib pemain
Perak terutamanya pemain muda dan akan membantu mengikut keupayaan sedia ada khususnya dalam aspek pembangunan bola sepak serta kerjaya pemain muda
Perak,” katanya.
Mohd Azhar berkata walaupun pasukan
Perak dibubarkan, PAFA akan memastikan pembangunan sukan itu di negeri berkenaan tidak terjejas menerusi pembangunan dari peringkat akar umbi bagi melahirkan pemain berkualiti dan berintegriti.
“PAFA juga akan merujuk dan mendapatkan khidmat nasihat daripada kerajaan negeri, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Liga Bolasepak Amatur (AFL) bagi langkah seterusnya,” katanya.