KL City akan bertemu JDT di suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah 4-1 di Cheras.
Kemenangan itu menyaksikan KL meraih agregat 6-4.
3 gol yang dijaringkan KL adalah pada separuh masa pertama.
Paulo Josue menjaringkan gol seawal minit ke-15 sebelum Jovan Motika menggandakan gol kedua pada minit ke-19.
Ryan Lambert menambah gol ketiga pada minit ke-41.
Kedah merapatkan jurang dengan jaringan menerusi Milos Gordic pada minit ke-74.
Zhafri Yahya melengkapkan kemenangan KL dengan gol di penghujung separuh masa kedua.
KL akan bertemu JDT dalam perlawanan pertama pada 13 Disember ini.