JDT mencatatkan kekalahan tipis 1-0 kepada Shandong Taishan dalam saingan AFC Champions League Elite 2024-2025 di Jinan, China.
Ini meskipun JDT menguasai sebanyak 67 peratus kawalan bola dalam perlawanan, mencipta lebih 500 hantaran dan 17 percubaan.
Namun, JDT dibolosi dengan gol jaringan Zeca pada minit ke-68.
Gol itu muncul sebagai gol kemenangan buat Shandong apabila kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.
JDT kini menduduki tangga ke-5 dalam ACLE dengan meraih 7 mata daripada 5 perlawanan.
JDT hanya perlu kekal dalam kelompok 8 pasukan terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya.
Selepas ini, JDT akan bertemu KL Rovers dalam Piala Malaysia pada 30 November ini.
JDT akan menentang Buriram United dalam ACLE pada 3 Disember ini dan kembali beraksi dalam Liga Super menentang KL pada 8 Disember.