JDT meraih kemenangan 4-0 ke atas pasukan tercorot Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Paroi.
Ini merupakan kemenangan ke-6 berturut-turut dalam liga dan perlawanan liga ke-13 tanpa kalah musim ini.
JDT mendahului 2-0 di separuh masa pertama hasil jaringan Heberty pada minit ke-15 dan 21.
Arif Aiman menambah gol ketiga seawal minit ke-49 di separuh masa kedua.
Jorge Obregon melengkapkan kemenangan JDT dengan jaringan penalti di minit akhir perlawanan.
JDT selesa di takhta liga dengan 37 mata selepas 13 perlawanan manakala Negeri Sembilan kekal pasukan tercorot dalam liga dengan meraih hanya 6 mata dalam 13 perlawanan.