JDT mengumumkan ketibaan Andoni Zubiaurre sebagai penjaga gol terbaru musim ini.
Berasal dari Ordizia yang terletak di Basque Country, Sepanyol, beliau memulakan karier profesional di Real Sociedad pada 2015 sehingga 2023.
Beliau menyertai kelab divisyen kedua, Eldense tahun lalu sebelum dipinjamkan ke Mirandes awal tahun ini.
Kini berusia 27 tahun, beliau dilihat menjadi pencabar kedudukan Syihan Hazmi sebagai penjaga gol nombor satu JDT.