Ahli Lembaga Pengarah MFL telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 24 Jun 2024 ke atas Selangor susulan ketidakhadiran kelab itu ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024.
Pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Maka, berikut merupakan keputusan-keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL:
1. Denda dikurangkan daripada RM100,000 ke RM60,000.
2. Bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.
a) MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.
3. Pemotongan 3 mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 dibatalkan.
a) Walaubagaimanapun, jika Selangor mengulangi kesalahan yang sama, maka kes ini akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas dan keras boleh dikenakan.
4. Larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dibatalkan.
a) Penonton dibenarkan untuk menghadiri perlawanan tersebut.