Liga Super Malaysia Berita

Akhyar dedah sebab mahu sertai Terengganu

Akhyar Rashid mendedahkan sebab beliau menyertai Terengganu bagi musim baharu 2024-2025.

Ini kali pertama pemain berusia 24 tahun ini berhijrah ke pasukan lain sejak menyertai JDT pada 2019.

“Saya sangat terharu dapat bermain dengan Terengganu,” kata Akhyar dalam temubual pertama bersama kelabnya.

“Saya tengok pasukan ini solid, semua dah ada.

“Jadi, itu sebab saya berminat untuk menimba ilmu dan mencari minit permainan di sini.”

Katanya, beliau mahu membantu meningkatkan kedudukan Terengganu musim ini.

“Saya harap dapat bantu pasukan ini. Untuk tahun ini, saya harap dapat banyak minit permainan dan beri kepercayaan baharu kepada jurulatih Tomislav Steinbruckner.”