Pestabola Merdeka ke-42 dijangka bermula Oktober ini, selepas kali terakhir diadakan pada 2013.
Malaysia akan berdepan pasukan di ranking dunia ke-96 Palestin, India (99) dan Lubnan (100).
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan menyelesaikan kerja-kerja pertukaran rumput di Stadium Nasional bukit Jalil.
Difahamkan kerja penanaman rumput baharu akan bermula pada awal Ogos dan selesai sebelum Pestabola Merdeka.
Sebelum itu, Malaysia akan berdepan dua perlawanan pada kalendar FIFA bermula 4-12 Sept ini.
FAM sedang berbincang dengan pasukan pada kedudukan ke-80 dunia China dan Mesir (34 dunia), namun belum dimuktamadkan.
Malaysia turut berdepan dengan pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang bermula November ini.
Minggu lalu, skuad negara berjaya melonjak satu anak tangga ke kedudukan ke-136 dunia.