Liga Super Malaysia Berita

Bergson hatrik, 2 gol penalti bantu JDT catat kemenangan ke-10

JDT sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang dalam Liga Super musim ini apabila membelasah 6-0 Kelantan United.

Ia hasil jaringan hatrik Bergson serta 2 jaringan hasil sepakan penalti.

Kemenangan itu merupakan kemenangan ke-10 berturut-turut buat JDT musim ini, menjaringkan 42 gol dan 1 gol bolos.

 

Bergson menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-8 disusuli dengan Fernando Forestieri pada minit ke-22, namun hanya 2 gol dapat dihasilkan di separuh masa pertama.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila JDT menambah 4 gol dalam separuh masa kedua.

Bergson melengkapkan hatrik hasil jaringan pada minit ke-61 dan penalti pada minit ke-69.

Leandro Velazquez menambah gol dengan satu lagi penalti pada minit ke-76 sebelum Forestieri melengkapkan kemenangan pada minit akhir perlawanan.

JDT kini meraih 30 mata daripada 10 perlawanan manakala Kelantan United kekal tercorot dengan hanya 2 mata selepas 10 perlawanan.