Liga Super Malaysia Berita

MFL bayar baki wang kemenangan JDT musim 2020

MFL dalam proses akhir bagi menyelesaikan pembayaran baki wang kemenangan JDT untuk musim 2020, selepas memenangi Liga Super.

Ini setelah pembayaran itu ditangguhkan seketika kerana pandemik Covid-19.

“Penangguhan pembayaran wang kemenangan pada musim 2020 telah dipersetujui oleh pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,” kata Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dalam kenyataan.

“Beliau memahami kekangan kewangan MFL yang kehilangan wang tajaan kira-kira RM30 juta akibat pandemik Covid-19.

“MFL telah melakukan pembayaran secara berperingkat dan kini dalam proses akhir menyelesaikan baki pembayaran wang kemenangan itu tahun ini.”

Bagaimanapun penangguhan pembayaran bagi musim itu hanya melibatkan JDT sahaja di mana MFL tidak ada sebarang tunggakan dengan pasukan lain.