Johor Darul Ta’zim mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah Liga Super apabila menewaskan Negeri Sembilan 7-0 di Paroi.
Kemenangan itu menyaksikan JDT kini nombor 1 Liga Super dengan 9 mata, berkongsi mata dengan Sabah.
JDT menjaringkan 2 gol dalam separuh masa pertama menerusi Fernando Forestieri pada minit ke-21 diikuti gol kedua oleh Diogo Luis Santo pada minit ke-41.
Forestieri menjadikan keputusan 3-0 di awal separuh masa kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-49, sebelum Arif Aiman menjaringkan gol keempat pada minit ke-53.
La’Vere Corbin-Ong muncul penjaring kelima menerusi jaringan pada minit ke-67, sebelum Endrick Dos Santos menjaringkan gol keenam pada minit ke-74.
Corbin melengkapkan kemenangan JDT dengan jaringan pada minit ke-88, dengan keputusan 7-0 kekal hingga tamat perlawanan.
JDT akan bertemu Kelantan pada 11 Mac manakala Negeri Sembilan melawat KL City juga pada 11 Mac.