Luar Negara Berita

Kogileswaran sertai kelab Korea Selatan

R. Kogileswaran mencipta sejarah apabila menjadi pemain Malaysia pertama yang menyertai kelab Korea Selatan, Chungbuk Cheongju.

Pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak selama setahun bersama kelab yang akan beraksi di Liga K2 tahun ini.

Ini bermakna, Kogileswaran akan beraksi di Cheongju yang terletak kira-kira lebih 126km dari Seoul.

Kogileswaran sebelum ini beraksi dengan PJ City dan pernah mewakili skuad kebangsaan.

Beliau juga menjadi pemain kedua dari Asia Tenggara yang beraksi di Korea Selatan selepas pemain Indonesia, Asnawi Mangkualam yang beraksi bersama kelab K2, Ansan Greeners.