Piala Dunia 2022 Berita

Piala Dunia 2022: Iran kejutkan Wales, jaringkan 2 goal saat akhir

Iran meraih kemenangan dramatik 2-0 ke atas Wales dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 di Ahmed bin Ali Stadium.

Pasukan itu menjadi negara ketiga Asia yang membuat kejutan di Piala Dunia kali ini selepas Arab Saudi dan Jepun.

Wales menguasai permainan sepanjang separuh masa pertama dan kedua, namun hujung perlawanan mengubah segalanya.

Ia bermula apabila penjaga gol Wales, Wayne Hennessy dilayangkan kad merah setelah mengasari pihak lawan pada minit ke-86.

Iran mengambil kesempatan tersebut dengan membuat asakan demi asakan yang akhirnya membuahkan hasil apabila Rouzbeh Cheshmi menjaringkan gol dari luar kotak penalti pada minit tambahan ke-8.

Dua minit kemudian, lambungan bola dari Ramin Rezaeian masuk ke gawang gol, sekali gus melengkapkan kemenangan buat Iran.