Premier League Berita

Cristiano Ronaldo tinggalkan Man United

Cristiano Ronaldo meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama, berkuat kuasa serta-merta.

Ini selepas pemain berusia 37 tahun itu mengkritik pengurusan pasukan kepada media pada minggu lalu, sekali gus mengundang kemarahan lembaga pengarah Man United dan para peminatnya.

“Kelab mengucapkan terima kasih atas sumbangan besarnya dalam dua musim di Old Trafford, menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan, dan mendoakan kesejahteraan dan keluarganya di masa akan datang.

“Semua orang di Manchester United kekal fokus untuk di bawah Erik ten Hag dan bekerjasama untuk memberikan kejayaan di atas padang.”

Ronaldo kembali menyertai United dua tahun lalu dengan perpindahan 30 juta Euro, namun kedudukannya tergugat musim ini apabila sering gagal tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan Ten Hag.

Ini menyaksikan Ronaldo hanya beraksi 16 perlawanan dengan United musim ini dan hanya 4 kali diturunkan dalam kesebelasan utama perlawanan Premier League, selebihnya sebagai pemain gantian.

Man United kini hanya mempunyai Marcus Rashford dan Antony sebagai penyerang utama pasukan.